Jumaat, 12 Jun 2015

Info B-Complex

Vitamin B-Complex merupakan kombinasi kesemua 8 vitamin B lengkap iaitu B1, B2, B3, B6, Biotin dan asid pantotenik yang berfungsi untuk membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah dalam badan. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian bagi wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang. Vitamin B penting untuk kesihatan yang baik dan merupakan keperluan asas dalam diet sihat. Vitamin ini mudah hilang dalam badan akibat dari tekanan, sedih, gemuruh, pemakanan yang tidak seimbang dan lain-lain lagi. Vitamin ini merupakan vitamin larut air dan akan dibuang oleh tubuh jika tidak digunakan. Oleh itu pengambilan vitamin ini  setiap hari adalah perlu.

Info Vitamin B1:
Sumber: beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum. Berfungsi  melancarkan peredaran darah, mencegah terjadinya kerosakkan urat saraf dan memulihkan gangguan saraf.

Info Vitamin B6:
Sumber: daging, hati, ginjal, ikan, kekacang dan beras tumbuk. Berfungsi melancarkan metabolisma. Meningkatkan kekebalan tubuh menjaga keseimbangan garam-garam  mineral. Membantu sintetis DNA.

Info Vitamin B12:
Sumber: hati, ikan, susu, daging, telur dan rumput laut. Berfungsi mencegah kerosakan urat saraf. Membantu pembentukan  sel darah. Melancarkan metabolisma sistem tubuh dan mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga.






Fungsi Vitamin B-Complex:
  • Memelihara sistem saraf dari tekanan dan stress.
  • Memberi tenaga dan stamina untuk ibu berjaga malam menjaga bayi.
  • Mencegah penyakit anemia.
  • Mengandungi asid folik yang baik untuk ibu hamil.
  • Menukarkan kalori kepada tenaga.
  • Memelihara kulit, rambut, kuku, otot dan mata menjadi sihat.
  • Membantu kesihatan saraf dan tulang belakang.
  • Meredakan migrain, muntah dan sakit kepala.
  • Membantu mengurangkan senggugut.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.
  • Membantu tumbesaran.
Siapa yang perlu ambil Vitamin B-Complex:
  • Ibu hamil, berpantang dan menyusu.
  • Warga emas.
  • Individu yang menjalani pembedahan.
  • Individu yang mementingkan kecantikan dan awet muda.
  • Pesakit diabetes, darah tinggi dan migrain.
  • Individu yang selalu mengalami stress / tekanan
  • Individu yang selalu demam.
  • Individu yang terdedah kepada cahaya matahari.
  • Individu yang tidak boleh fokus pada sesuatu perkerjaan.
  • Wanita yang mengambil pil perancang.
  • Individu yang mengalami masalah rambut gugur.
Risiko kekurangan Vitamin B-Complex:
  • Sistem saraf menjadi lemah.
  • Menggangu fungsi otak dimana akan meningkatkan lagi  risiko penyakit jantung.
  • Pembentukan abnormal.
  • Mengakibatkan anemia.
  • Masalah takanan perasaan.
  • Kehilangan daya memori.
  • Cepat letih.
  • Sesak nafas.
  • Insomnia.
  • Kurang fokus dan konsentrasi.
  • Mudah tersinggung.
Beli B-Complex sekarang klik SINI untuk Order B-Complex
Tutorial cara membeli menggunakan ESELL klik SINI


Produk Shaklee klik SINI
Order Online klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan