Selasa, 2 Jun 2015

Kenapa set berpantang Shaklee menjadi pilihan saya

Salam semua...bulan lepas saya ada kongsikan pengalaman saya menggunakan set ibu hamil. Pada bulan ini saya hendak kongsikan set ibu berpantang Shaklee (Optimum). Saya telah menggunakan set ini 100 peratus. Saya rasa sangat berbeza berpantang menggunakan set ini berbanding dengan berpantang yang terdahulu. Ketika berpantang, saya rasa tak macam dalam pantang, badan rasa bertenaga dan boleh buat kerja rumah yang ringan-ringan aje la. Pada hari kedua berpantang saya boleh berjalan keluar dari wad tanpa menggunakan kerusi roda. Tidak sampai dalam dua minggu tempoh berpantang, saya dah boleh pergi pasar tani. Orang pun tidak tahu saya masih berpantang. Nurse yang datang melawat saya bertanya, mana ibu bayi ni?, saya jawab saya la ibunya. Nurse itu cakap laaa... tak macam dalam pantang pun. Begitu juga kakak yang datang mengurut saya, dia pun cakap perkara yang sama. Itu lah sebabnya kenapa saya memilih set berpantang shaklee ini, memang terbaik untuk saya.
ESP
Memberi tenaga dan membantu melancarkan penghasilan susu. ESP ini juga penting untuk tumbesaran dan perkembangan bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Mencantikkan kulit si ibu, membantu mengawal kolesterol dan memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama dan badan rasa bertenaga. ESP soya ini diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim di dalamnya tidak musnah. Cara minum ESP adalah sebelum sarapan pagi dengan air suam atau air biasa. Elakkan membancuh ESP dengan menggunakan air panas mendidih dan juga elakkan ESP diminum bersama minuman berkafien kerana dikhuatiri mengurangkan khasiatnya.

Vita-Lea (Multivitamin dengan zat besi)
Semasa dalam berpantang, banyak makanan yang tidak boleh diambil oleh ibu. Oleh itu ibu cepat letih dan memerlukan multivitamin semulajadi. Semasa bersalin ibu banyak kehilangan darah dan perlu mengambil makanan seimbang dan berkhasiat bagi menggantikan darah yang hilang. Vita-Lea mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Tanda-tanda kekurangan zat besi ialah ibu kelihatan pucat, letih, lesu dan tidak bermaya. Kalau hendak menyusu bayi, maka pengambilan zat besi adalah penting. Elakkan Vita-Lea diambil dengan susu kerana ia akan mengurangkan kecekapan penyerapan zat besi oleh badan.

Ostematrix
Membekalkan nutrien harian kalsium yang dapat membantu pembentukan tulang dan gigi. Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi membantu mencegah pereputan gigi ibu ketika menyusu badan dan yang paling bestnya ostematrix ini dapat mencegah sembelit semasa dalam pantang yang amat ditakuti oleh kebanyakan ibu semasa berpantang. Serius saya katakan saya tidak mengalami sembelit langsung semasa berpantang dahulu. Selain dari itu ia juga dapat mencegah stress dan sakit kepala ketika dalam pantang.

Omega Guard
Secara ringkasnya omega guard bertindak mencairkan lemak-lemak degil yang sudah lama terkumpul dalam badan. Membantu penurunan berat badan dengan bertindak seperti hormon. Meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak.

Alfalfa-Complex
Merangsang pengeluaran susu ibu. Sesetengah ibu yang baru bersalin mengalami masalah pengeluaran susu yang sedikit. Oleh itu alfalfa boleh dijadikan sebagai ikhtiar untuk memperbanyakkan penghasilan susu. Alfalfa juga berfungsi sebagai detok untuk menyingkirkan lemak dan mengeluarkan toksin dalam badan.

Vitamin C 
Vitamin C membantu meningkatkan daya tahan melawan penyakit. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan membaik pulih kesan dari proses kelahiran. Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan, membaiki tisu sel rosak semasa bersalin dan membantu mencantikkan kulit ibu.

Zink-Complex (Tambahan kepada set pantang)
Zink-Complex adalah pengganti yang tepat bagi ibu-ibu yang tidak makan ikan haruan atau sukar mendapatkan pati ikan haruan. Galian zink ini sangat penting dalam membantu proses pemulihan luka dalam badan terutamanya luka dalaman. Pengambilan zink bagi ibu yang menyusu akan membantu anak yang disusui membesar dengan baik. Zink juga mengurangkan masalah rambut gugur dan kedinginan selepas bersalin.

B-Complex dengan Asid Folik (Tambahan kepada set pantang)
Membantu menstabilkan hormon badan ibu. B-Complex sangat penting ketika berpantang untuk membantu ibu lebih bertenaga, emosi seimbang, cergas dan bertenaga. Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi. Jika kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan stress. Asid Folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan tisu baru. 

Beli set pantang sekarang klik SINI untuk Order set pantang
Tutorial cara membeli menggunakan ESELL klik SINI

Produk Shaklee klik SINI
Order Online klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan